Thursday, 17 June 2010

Keutamaan dalam masyarakat...

salam,
lama sungguh tak menjenguh blog sendiri..nasib password masih ingat kah kah kah.
Bercakap pasal keutamaan dalam masyarakat kita adalah perkara pokok yang ingin diperkatakan dalam entri kali ini. Ini adalah pandangan peribadi semata-mata. Masih ingat pepatah melayu yang mengatakan, 'biar mati anak, jangan mati adat' yang maksudnya lebih kurang adat itu harus dipertahankan walaupun terpaksa mengorbankan darah daging sendiri. Pepatah kedua 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' yang maksudnya lebih kurang kita lebih suka mengutamakan orang luar berbanding darah daging kita sendiri.
Saya ingin membawa perhatian anda kepada perspektif lain berkenaan pepatah2 tersebut di atas dan mengaitkannya dengan apa yang berlaku dalam negara kita. Pengumuman seorang menteri bahawa biasiswa kerajaan untuk menaja pelajar cemerlang belajar di luar negara akan dikurangkan beransur-ansur kerana kerajaan sudah kekurangan wang dan tidak mampu untuk menaja lebih ramai pelajar ke luar negara.
Dari satu segi, tindakan kerajaan ini wajar dipuji kerana ianya akan mengurangkan pengaliran wang ke luar negara sekaligus memberikan kelebihan ekonomi kepada negara sendiri. Tindakan ini juga sekaligus sebenarnya memberikan pengiktirafan kepada IPTA/S tempatan memberikan standard pengajaran yang sama dengan IPT luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang ini. Jadi kenapa masih ramai orang yang membantah dan tidak bersetuju dengan pengumuman menteri berkenaan?
Dari segi yang lain, tindakan kerajaan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya memang telah menjadi budaya masyarakat kita dalam menentukan keutamaan mana yang lebih penting. pepatah2 yang saya sebutkan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kita memang sering meletakkan 'anak' 'darah daging' sendiri bukan sebagai perkara pokok sebaliknya ada perkara lain yang lebih utama pada mereka. Biar mati anak, jangan mati adat..., kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan...
Justeru, kenapa harus terkejut dan marah dengan kerajaan bila kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk merasai nikmat belajar diluar negara kerana pada pandangan kerajaan 'anak-anak' ini tidak termasuk dalam senarai keutamaan mereka. Pada kerajaan 'adat' itu lebih penting, lebih wajar didahulukan sebab itu Istana Negara yang baru wajar dibuat......... Pada kerajaan biar anak di rumah mati kelaparan, asalkan para ahli parlimen yang bersidang dapat bersidang dengan selesa, sebab itu sebuah bangunan parlimen baru yang lebih luas dan selesa wajar didirikan menggantikan bangunan parlimen lama yang telah usang.....
Oleh itu, janganlah kita terkejut dengan apa yang kerajaan lakukan ini kerana akarnya masyarakat kita anak-anak itu bukan dalam senarai keutamaan mereka. Bukan kah, masyarakat kita juga suka benar terhantuk baru nak terngadah....
salam.